Thursday, December 15, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Sila layari halaman Portal JPA di http://www.jpa.gov.my/ bagi mengetahui lebih lanjut.

Persaraan En. Yahya Bin Ayit Karim

Persaraan Guru Besar SK Seri Intan (En Yahya Bin Ayit Karim) pada 10.12.2011 dan akan di ganti oleh En Marashin@Hashim Bin Mohammad dari Sk Degong.

Sunday, August 21, 2011

Selamat Berpuasa dan Berhari Raya

Dari meja Guru Besar:
Selamat berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak yang kedua puluh dua hari ini. Beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut Idul Fitri yang mulia. Jadi saya, mewakili warga sekolah, mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua warga sksi, para pembaca dan peminat, dan bekas warga, anak murid, pendidik dan sebagainya.
      Ini tahun terakhir saya di sini, hanya lebih kurang 3 bulan setengah saja saya akan bersara. Sekali lagi ampun maaf dipinta andai tersalah tutur kata. Sekian.
Yahya Ayit Karim.


Sunday, May 29, 2011

Tazkirah 4

Wasiat Rasulullah saw kepada Saidina Ali Karramallahu wajhah:
Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tandanya:
1. Jujur dalam berkata-kata     2. Menjauhi segala yang haram        3. Merendah diri.

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada tiga tandanya:
1. merahsiakan ibadahnya      2. merahsiakan sedeqahnya         3.merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang taqwa itu ada tiga tandanya:
1.takut berlaku dusta dan keji         2. menjauhi kejahatan        3.memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, ahli ibadah itu ada tiga tandanya:
1.mengawasi dirinya          2.menghisab dirinya            3.memperbanyakkan ibadah kepada Allah swt.

INGIN mengetahui Kekurangan Diri?
a.berguru dengan yang Mursyid         b.mencari teman yang benar          c.mendengar celaan musuhnya
d.bercampur dan melihat gelagat kecelaan pada manusia lalu diperhatikan kepada dirinya akan kecelaan dan kekurangan yang ada pada dirinya.

Thursday, May 5, 2011

Tazkirah

Tazkirah 1:
Daripada Ibu & Sumayyah q.a : Al-Kisah ...Alangkah Bagusnya Bila Anda...

*Bila anda sedang marah ...anda akan rasa wajah hodoh dan perangai anda ketika itu dilihat oleh orang lain.
*Bila anda ingin berdua-duaan dengan mak we anda...anda akan terfikir apakata kalau orang lain sedang berdua-duaan dengan adik atau anak anda.
*Bila anda mempersendakan orang lain dengan perkataan yang kurang sopan, anda akan terfikir apa kata kalau diri anda yang kena persenda dan orang di sekeliling sedang memerhatikan perangai buruk anda itu.
*Bila anda mencuri harta benda orang, anda akan terfikir apa kata kalau duit dan harta yang anda simpan secara bersusah payah lesap dalam sekelip mata dicuri oleh orang lain pula.
*Bila anda menipu, anda terfikir bagaimana pula perasaan kalau anda ditipu.
*Bila anda berasa megah kerana banyak harta dan boleh membeli apa sahaja, anda terfikir pula saat-saat anda susah dahulu dan ramai lagi yang hidup susah di sekeliling anda.
* atau, bila anda ingin berbuat sesuatu yang dimurkai Allah swt; anda tahu Allah Maha Mengetahui dan anda bakal menerima balasan di akhirat kelak, sekiranya anda meneruskan niat buruk anda itu.



Tazkirah 2:
Menurut ulamak, terdapat 15 Pintu Syaitan yang ada di dalam diri kita, yang digunakannya untuk merosakkan iman dan akhlak kita, iaitu:
1. Pintu marah                   6. Bakhil (kedekut)                           11. Buruk sangka
2. Cinta dunia                    7. Suka kepada pujian                      12. Memandang rendah pada orang lain
3. Bodoh sombong            8. Riyak                                          13. Merasa suka kepada dosa.
4. Panjang angan-angan      9. Ujub (kagum diri sendiri)             14. Merasa aman kepada pembalasan Allah
5. Rakus/tamak                 10. Takut dan gelisah                        15. Berputus asa dpd rahmat Allah




Tazkirah 3:          
PERHATIKAN DIRI.
Orang kata kita syaitan,kita marah, sedangkan kita memiliki sifat-sifat syaitan. Cuba semak diri kita, apakah kita:
*  seorang yang pemarah, cepat marah dan suka marah-marah?
*  seorang pendendam dan menyimpan hasad dalam diri?
*  seorang bakhil dan amat cintakan harta?
*  seorang yang tamak dalam apa jua hal, bahkan makanan dan percakapan?
*  seorang yang suka bermegah-megah dengan barang berhias, kecantikan mahupun anak-anak?
*  seorang yang kagum dengan diri sendiri dan sangat riyak?
*  seorang yang alpa kepada suruhan perintah Allah swt dan meninggalkan larangan-Nya?.

Piagam Sekolah/Piagam Pelanggan

Dengan penuh iltizam, kami seluruh warga SKSI ini berikrar dan berusaha menumpukan seluruh tenaga dan fikiran kami untuk:
a. Melaksanakan aktiviti p&p yang terkini dan berasaskan budaya ilmu dan ict bagi melahirkan pelajar terbilang.
b. Memastikan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan serta berpandukan kepada visi dan misi sekolah.
c. Prihatin dengan masalah setiap murid dari segi akademik, emosi dan jasmani serta sentiasa bersedia memberi bimbingan, nasihat dan bantuan yang berkualiti dan profesional.
d. Setiap warga sekolah harus berusaha membangunkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini khususnya yang berkaitan dengan dunia pendidikan supaya dapat meningkatkan hasil dan mutu kerja yang berkualiti, selaras dengan hasrat negara mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia.
e. Berusaha dan bekerjasama untuk meningkatkan imej sekolah dalam semua bidang (kurikulum, sahsiah, kokurikulum, sukan dan pengurusan selaras dengan hasrat JPN : PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN.)
f. Memastikan keadaan persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria, dan indah sepanjang masa; supaya dapat memupuk semangat kekitaan seluruh warga sekolah terhadap sekolah.
g. Memberi kerjasama yang jitu kepada KPM, JPN, PPD Daerah Hilir Perak serta agensi kerajaan yang berurusan dengan sekolah ini.
h. Memberi perkhidmatan kaunter yang menepati masa, cekap dan betul serta melayan pelanggan dengan mesra dan bersopan santun.
i. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.