Dengan penuh iltizam, kami seluruh warga SKSI ini berikrar dan berusaha menumpukan seluruh tenaga dan fikiran kami untuk:
a. Melaksanakan aktiviti p&p yang terkini dan berasaskan budaya ilmu dan ict bagi melahirkan pelajar terbilang.
b. Memastikan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan serta berpandukan kepada visi dan misi sekolah.
c. Prihatin dengan masalah setiap murid dari segi akademik, emosi dan jasmani serta sentiasa bersedia memberi bimbingan, nasihat dan bantuan yang berkualiti dan profesional.
d. Setiap warga sekolah harus berusaha membangunkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini khususnya yang berkaitan dengan dunia pendidikan supaya dapat meningkatkan hasil dan mutu kerja yang berkualiti, selaras dengan hasrat negara mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia.
e. Berusaha dan bekerjasama untuk meningkatkan imej sekolah dalam semua bidang (kurikulum, sahsiah, kokurikulum, sukan dan pengurusan selaras dengan hasrat JPN : PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN.)
f. Memastikan keadaan persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria, dan indah sepanjang masa; supaya dapat memupuk semangat kekitaan seluruh warga sekolah terhadap sekolah.
g. Memberi kerjasama yang jitu kepada KPM, JPN, PPD Daerah Hilir Perak serta agensi kerajaan yang berurusan dengan sekolah ini.
h. Memberi perkhidmatan kaunter yang menepati masa, cekap dan betul serta melayan pelanggan dengan mesra dan bersopan santun.
i. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
No comments:
Post a Comment