Wasiat Rasulullah saw kepada Saidina Ali Karramallahu wajhah:
Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tandanya:
1. Jujur dalam berkata-kata 2. Menjauhi segala yang haram 3. Merendah diri.
Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada tiga tandanya:
1. merahsiakan ibadahnya 2. merahsiakan sedeqahnya 3.merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali, bagi orang yang taqwa itu ada tiga tandanya:
1.takut berlaku dusta dan keji 2. menjauhi kejahatan 3.memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, ahli ibadah itu ada tiga tandanya:
1.mengawasi dirinya 2.menghisab dirinya 3.memperbanyakkan ibadah kepada Allah swt.
INGIN mengetahui Kekurangan Diri?
a.berguru dengan yang Mursyid b.mencari teman yang benar c.mendengar celaan musuhnya
d.bercampur dan melihat gelagat kecelaan pada manusia lalu diperhatikan kepada dirinya akan kecelaan dan kekurangan yang ada pada dirinya.
No comments:
Post a Comment