Sunday, May 29, 2011

Tazkirah 4

Wasiat Rasulullah saw kepada Saidina Ali Karramallahu wajhah:
Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tandanya:
1. Jujur dalam berkata-kata     2. Menjauhi segala yang haram        3. Merendah diri.

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada tiga tandanya:
1. merahsiakan ibadahnya      2. merahsiakan sedeqahnya         3.merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang taqwa itu ada tiga tandanya:
1.takut berlaku dusta dan keji         2. menjauhi kejahatan        3.memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, ahli ibadah itu ada tiga tandanya:
1.mengawasi dirinya          2.menghisab dirinya            3.memperbanyakkan ibadah kepada Allah swt.

INGIN mengetahui Kekurangan Diri?
a.berguru dengan yang Mursyid         b.mencari teman yang benar          c.mendengar celaan musuhnya
d.bercampur dan melihat gelagat kecelaan pada manusia lalu diperhatikan kepada dirinya akan kecelaan dan kekurangan yang ada pada dirinya.

Thursday, May 5, 2011

Tazkirah

Tazkirah 1:
Daripada Ibu & Sumayyah q.a : Al-Kisah ...Alangkah Bagusnya Bila Anda...

*Bila anda sedang marah ...anda akan rasa wajah hodoh dan perangai anda ketika itu dilihat oleh orang lain.
*Bila anda ingin berdua-duaan dengan mak we anda...anda akan terfikir apakata kalau orang lain sedang berdua-duaan dengan adik atau anak anda.
*Bila anda mempersendakan orang lain dengan perkataan yang kurang sopan, anda akan terfikir apa kata kalau diri anda yang kena persenda dan orang di sekeliling sedang memerhatikan perangai buruk anda itu.
*Bila anda mencuri harta benda orang, anda akan terfikir apa kata kalau duit dan harta yang anda simpan secara bersusah payah lesap dalam sekelip mata dicuri oleh orang lain pula.
*Bila anda menipu, anda terfikir bagaimana pula perasaan kalau anda ditipu.
*Bila anda berasa megah kerana banyak harta dan boleh membeli apa sahaja, anda terfikir pula saat-saat anda susah dahulu dan ramai lagi yang hidup susah di sekeliling anda.
* atau, bila anda ingin berbuat sesuatu yang dimurkai Allah swt; anda tahu Allah Maha Mengetahui dan anda bakal menerima balasan di akhirat kelak, sekiranya anda meneruskan niat buruk anda itu.



Tazkirah 2:
Menurut ulamak, terdapat 15 Pintu Syaitan yang ada di dalam diri kita, yang digunakannya untuk merosakkan iman dan akhlak kita, iaitu:
1. Pintu marah                   6. Bakhil (kedekut)                           11. Buruk sangka
2. Cinta dunia                    7. Suka kepada pujian                      12. Memandang rendah pada orang lain
3. Bodoh sombong            8. Riyak                                          13. Merasa suka kepada dosa.
4. Panjang angan-angan      9. Ujub (kagum diri sendiri)             14. Merasa aman kepada pembalasan Allah
5. Rakus/tamak                 10. Takut dan gelisah                        15. Berputus asa dpd rahmat Allah




Tazkirah 3:          
PERHATIKAN DIRI.
Orang kata kita syaitan,kita marah, sedangkan kita memiliki sifat-sifat syaitan. Cuba semak diri kita, apakah kita:
*  seorang yang pemarah, cepat marah dan suka marah-marah?
*  seorang pendendam dan menyimpan hasad dalam diri?
*  seorang bakhil dan amat cintakan harta?
*  seorang yang tamak dalam apa jua hal, bahkan makanan dan percakapan?
*  seorang yang suka bermegah-megah dengan barang berhias, kecantikan mahupun anak-anak?
*  seorang yang kagum dengan diri sendiri dan sangat riyak?
*  seorang yang alpa kepada suruhan perintah Allah swt dan meninggalkan larangan-Nya?.

Piagam Sekolah/Piagam Pelanggan

Dengan penuh iltizam, kami seluruh warga SKSI ini berikrar dan berusaha menumpukan seluruh tenaga dan fikiran kami untuk:
a. Melaksanakan aktiviti p&p yang terkini dan berasaskan budaya ilmu dan ict bagi melahirkan pelajar terbilang.
b. Memastikan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan serta berpandukan kepada visi dan misi sekolah.
c. Prihatin dengan masalah setiap murid dari segi akademik, emosi dan jasmani serta sentiasa bersedia memberi bimbingan, nasihat dan bantuan yang berkualiti dan profesional.
d. Setiap warga sekolah harus berusaha membangunkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini khususnya yang berkaitan dengan dunia pendidikan supaya dapat meningkatkan hasil dan mutu kerja yang berkualiti, selaras dengan hasrat negara mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia.
e. Berusaha dan bekerjasama untuk meningkatkan imej sekolah dalam semua bidang (kurikulum, sahsiah, kokurikulum, sukan dan pengurusan selaras dengan hasrat JPN : PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN.)
f. Memastikan keadaan persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria, dan indah sepanjang masa; supaya dapat memupuk semangat kekitaan seluruh warga sekolah terhadap sekolah.
g. Memberi kerjasama yang jitu kepada KPM, JPN, PPD Daerah Hilir Perak serta agensi kerajaan yang berurusan dengan sekolah ini.
h. Memberi perkhidmatan kaunter yang menepati masa, cekap dan betul serta melayan pelanggan dengan mesra dan bersopan santun.
i. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

Visi dan Misi

Visi     :  Menjadikan SK Seri Intan komuniti berilmu bertaraf global.
Misi    :  Kami bersama-sama sistem pendidikan melahirkan kecemerlangan dalam bidang:
             a. Pengurusan dan kepimpinan yang telus, tulus dan berkesan
             b. Akademik berkualiti berasaskan saintifik, ict dan inovatif
             c. Sahsiah, kokurikulum dan sukan seimbang dalam membentuk insan bestari.
Moto   : Sekolah Dalam Taman.
Slogan  : SKSI selalu mendahului; Cemerlang bagaikan berlian.

PERANCANGAN STRATEGIK: 2011 - 2015
Strategi 1 : Kepimpinan instruksional dan transformasional.
Strategi 2 : Kecemerlangan akademik.
Strategi 3 : Hal Ehwal Murid, Hal Ehwal Guru dan Hal Ehwal Staf.
Strategi 4 : Kokurikulum dan Sukan.
Strategi 5 : Kewangan dan Pengurusan Pejabat.
Strategi 6 : Hubungan Luar dan Imej.

Profil SKSI

Nama sekolah            : Sekolah Kebangsaan Seri Intan
Alamat                       : Jalan Maharani, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
Kod Sekolah             : ABA5003                       Gred : B            Kategori: Dalam bandar
No. Tel/Faks         : 05-6227385                      E-mail:  sksi.telukintan@gmail.com
Dua aliran Pembelajaran dan Pengajaran: a. Aliran Perdana :2011 -122 orang murid dan 17 orang guru)
       b.Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran: 2011 - 41 orang murid dan 12 orang guru)
Staf Sokongan: 2 orang kerani, seorang PAR, seorang PAP, seorang Juruteknik FT17; 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.  Staf swasta: 3 orang pengawal keselamatan, 2 orang tukang sapu dan 2 orang tukang kebun.

Dari Meja Guru Besar

Assalaamu'alaikum wm. wb dan Selamat Sejahtera.
Selamat datang ke blog kami.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan para sahabat baginda; kerana dengan izin-Nya jua pihak kami dapat membuat satu blog untuk sekolah kami. Tujuan blog ini dibuat adalah untuk memberitahu dunia tentang wujudnya sekolah kami, pencapaiannya, perkembangannya, warganya dan segala aktivitinya yang boleh dibanggakan.
SKSI adalah sebuah sekolah kecil Gred B dalam bandar yang turut menyumbang dalam perkembangan dunia pendidikan Daerah Hilir Perak.Walaupun sumbangannya tidak seberapa, tetapi kehadirannya memberi erti. Itulah yang hendak kami ketengahkan. Semoga kehadiran kami dihargai.
Sekian. Salam hormat dari kami.
Dari meja GB: Yahya bin Ayit Karim.

Senarai Guru Besar Terdahulu:

Bil.       Tahun                            Nama Guru Besar
  1       1906 - 1973                  Tidak diketahui
  2       1973 - 1974                  Puan Sabariah
  3       1974 - 1984                  Puan Noriah bt.Abdul Hamid
  4       1985 - 1990                  Tuan Hj.Abdul Razak b. Ibrahim
  5       1990 - 1993                   Encik Abdul Hamid b. Hj.Ismail
  6       1993 - 1995                   Puan Faizah bt. Ngah Rafie
  7       1995 - 2000                   Encik Zainuddin bin Amin
  8       2000 - 2002                   Puan Hjh.Ramlah bt. Mat Isa
  9       2002 - 2004                   Encik Abdul Samad b. Abdul Rahman
10       2004 - 2007                   Puan Hjh Jamilah bt. Yusof
11       2007 - 2011                   Encik Yahya bin Ayit Karim

Monday, May 2, 2011

Organisasi Pengurusan Sekolah

Pengerusi              : En.Yahya b. Ayit Karim (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1   : Pn.Sarifah bt. Said Wok (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2   : Pn.Norhaslinah bt. Asri (PK HEM)
Naib Pengerusi 3   : Pn.Marsita bt. Abdul Rahman (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 4   : En.Mohd Shafie bin Din (PK Pendidikan Khas)
Setiausaha             : Pn.Vuma Devi a/pTangaveloo
Ketua Panitia m/p  : Cik Ooi Choon Peng
Penyelaras Kurikulum Pend. Khas : Pn.Norzimah bt. Saadom
Penyelaras Bestari/Hubungan Luar : En. Nor Azman b. Nordin
Jadual Waktu : Pn.Sarifah bt. Said Wok                                          Guru Pemulihan: Cik Lim Siok Ting
Penyelaras Kelas : Pn.Mageswary a/p Atmalingam                Imej dan 3K: Mohd Dzulkefly b.Mohd Lajin
Pembangunan dan Prasarana: En.Azmi b. Abdul Talib            S/U Peperiksaan: Pn.Rohani bt.Mohd Jais
Penyelaras PSS: Pn.Norazah bt. Ibrahim                                               Pn.Nur Izati bt. Meor Ahmed
EMIS dan Data : Pn. Siti Nooraein bt. Isa                              SPBT: Pn.Rafidah bt. Hasmoni